Perjumpaan Keluarga di Johor

Bonda Nik Azizah diiringi Azwa datang ke rumahku pada 20hb Disember. Mereka tiba dengan flight sekitar jam 9.10 malam di airport Senai.

Keesokan harinya aku membawa mereka pusing-pusing UTM. Disamping ia bertujuan memenuhi masa lapang, aku sebenarnya ingin memberi semangat kepada Azwa untuk memasuki UTM yang mempunyai pelbagai jurusan kejuruteraan. Azwa berada di Tingkatan 4, Sekolah Menengah Sains Pengkalan Chepa (2019). Anak-anakku sendiri tiada seorangpun yang meminati jurusan ‘engineering’.

Pada 22hb, kami semua ke Kluang. Ia bertujuan untuk mengerjakan solat hajat serta tahlil di rumah Asmizul di Kluang.

Kami adik beradik sebelah isteri saya, Asmawati Shaari berkumpul bagi membaca tahlil untuk ayahanda tercinta Allahyarham Hj Shaari Hj Awang, Allahyarham Asmawi Hj. Shaari, Allahyarhamah Kasmirah Md Non, Allahyarham Hj Wan Ismail Hj Wan Mohd Salleh, Allahyarhamah Hjh Che Zainab Hj Che Hussin, Allahyarham Wan Mohd Ghazali Hj Wan Ismail dan Allahyarham Md. Dom.

Kami berkumpul sempena Asmizul menduduki rumah barunya.

Pada esoknya pula, semua akan datang ke rumah saya di Bandar Dato Onn untuk sama-sama ber’barbeque’.

Suatu pertemuan yang merapatkan hubungan sesama adik beradik dan sepupu sepapat.

Tidak mudah untuk merancang perjumpaan ahli keluarga kerana masing-masing mempunyai tugas dan kekangan yang tersendiri.

Namun begitu, program perlu diteruskan dan berkumpullah siapa yang ada.

BBQ time… Adik beradik isteriku datang pula ke rumah kami di Bandar Dato’ Onn.

Ada yang ‘first time’ datang dan ada yang ‘second time’.

Aku hanya mengharapkan hubungan kami semakin rapat. Anak-anak kami akan lebih mengenali sepupu mereka.

‘The more they meet, the better should be their relationships’.

Jangan pula kita sepupu tetapi terasa seperti orang asing! Harap-harapnya tidak terjadilah seperti itu…

Pada 24hb, kami dikejutkan dengan berita kematian emak saudara kami iaitu Allahyarhamah Che Nab. Bu dan Asmini pulang ke Kota Bharu bagi menziarahi allahyarhamah.

Che Nab merupakan kakak ipar Bu yang sulong iaitu isteri kepada abang longnya, Allahyarham Chegu Nik Mohamad Nik Sulaiman.

Kita sebagai ahli keluarga masing-masing mampu untuk memantapkan hubungan anak beranak dan sebaliknya pula memalapkannya. Kalau kita ingin tautan ukhuwwah mantap dan cemerlang maka sekurang-kurangnya perjumpaan tahunan wajib diadakan.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Speak Your Mind

*