Kunjungan Saudara Amat Aku Rindui

Malam ini meraikan kedatangan sepupu isteri sekeluarga ke rumah kami.

Farah adalah anak kepada Ramli dan Siti Fatimah Binti Yusuf. Siti Fatimah adalah adik kepada Allahyarham bapa mertuaku, Shaari Awang @ Yusuf.

Kami memanggilnya Mak Su manakala suaminya Ramli dipanggil Ayah Su. Mak Su adalah bekas guru manakala Ayah Su adalah bekas Hospital Assistant (H.A.). Sekarang H.A. lebih dikenali sebagai M.A. (Medical Assistant).

Ada seorang lagi adik arwah bapa mertuaku iaitu Che Aminah Binti Yusuf. Aku memanggilnya Mek. Manakala suaminya bernama Yusof dan aku memanggilnya Ayah Sof. Mereka berdua adalah pesara guru dan tinggal di Taman Guru, Tanah Merah.

Farah berkhidmat dengan consultant dan ada tugas untuk membuat inspection di Seelong. Background beliau adalah quantity surveyor (QS).

Sebenarnya kedatangan Farah ini telah dinyatakan olehnya sendiri di dalam whatsApp group keluarga kami. Aku mempelawa mereka untuk makan malam di rumahku.

Alhamdulillah aku amat seronok apabila ada ahli keluarga berkunjung ke rumah kami. Inilah salah satu cara untuk aku memperkenalkan saudara mara kepada anak-anak. Aku berdoa semoga tali persaudaraan kami bertambah erat.

Aku sempat mengambil gambar mereka sekeluarga bersama isteri dan sebahagian dari anak-anakku.

Semasa aku menghantar gambar mereka ke whatsApp group keluarga kami, ada sepupu yang lain bertanya tentang gambar aku sekeluarga yang tergantung di dinding. Katanya, emaknya ditegur oleh jiran tentang pergantungan gambar di rumah mereka. Bolehkah di sisi agama?

Aku sudah melalui proses ini dahulu dan sepanjang pengetahuanku, hukumnya adalah khilaf. Adalah ulama yang mengatakan haram dan ada juga ulama yang mengharuskannya, termasuklah Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawy.  Sheikh Yusuf al-Qaradawy meletakkan syarat yang mana selagi kita tidak mengagung-agungkan gambar tersebut maka ia diharuskan. Pilihlah mana yang selesa dengan kita.

Di sini aku ‘share link’ jawapan supaya permasalahan kita terlerai dan dapat dimanfaat oleh kita bersama walau dimana kita berada.

Sekiranya timbul pula isu ini di kemudian hari maka sesiapa saja boleh forward link ini. Semoga kita semua melaksanakan dakwah mengikut kapasiti masing-masing dan beroleh pahala darinya, insyaAllah.

http://www.al-ahkam.net/…/su-00087-hukum-menggantung-gambar….

Speak Your Mind

*