Tahlil Buat ‘Aunt’

Upacara tahlil keluarga untuk ‘Aunt’ berlangsung malam tadi, yakni malam 7hb. Januari 2019 di rumah Kak Cik.

Kami dikalangan adik beradik, anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara berkumpul untuk menghadiahkan bacaan tahlil buat ‘Aunt’. Ia telah dipimpin oleh Nurul Hafiz Husain iaitu anak saudara ‘Aunt’ sendiri.

Bacaan tahlil yang kami titipkan kepada ‘Aunt’ dengan seikhlas-ikhlasnya itu diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak ‘Aunt’ di dalam kubur, InsyaAllah.

Pada saya, natijah dari kematian ahli keluarga ini ialah perkumpulan sesama saudara mara. TIDAK mudah untuk kita kumpulkan ahli keluarga tetapi apabila berlakunya samaada kematian atau perkahwinan maka berkumpullah kita. Berkumpul kerana terpaksa.

Kami pernah merancang untuk membuat Hari Keluarga pada tahun lepas, yakni yang pertama dalam sejarah tetapi ‘it doesn’t materialize’. Masing-masing mempunyai kekangan masa dan tanggungjawab. Sebenarnya chalet serta ‘banner’ telah ditempah. Tapi apakan daya?

Kakak sulung aku (Wan Azizah) berkata, kalau perancangan Hari Keluarga ini terlaksana maka berapa lagi Hari Keluarga yang bakal diadakan dengan kami adik beradik semuanya ada. Tiba-tiba pada tahun lepas abang aku yang kedua pergi menemui Allah Azza Wajalla.

Apapun kita akan cuba lagi InsyaAllah.

Sayapun sudah berkurang 2 orang adik beradik seibu sebapa. Tahun lepas (2018) saya kehilangan seorang abang manakala di awal tahun ini (2019), seorang kakak pula dijemput Ilahi… Allahummagh firlahum warhamhum wa’afihim wa’fuanhum…

Kami semua sudah melepasi setengah abad, yang paling muda adalah Su, 52 tahun dan abang yang sulung sudah berusia 76 tahun.

Doaku kepadaMu ya Allah, Engkau panjangkanlah usia kami dalam ketaatan kepadaMu. Engkau sembuhkan segala penyakit yang ada pada kami. Hidupkan kami dan matikan kami dalam kalimah Laa ila ha illallah, Muhammad Rasulullah. Aamiin! Aamiin! Aamiin ya Rabbal ‘Alamin!

Speak Your Mind

*