Amanat Tahun Baru…

Di awal tahun ini, ramai yang memberi amanat. Kalau peringkat bos-bos tu, berlapis-lapis. Lepas bos no. 1 beri amanat, bos no. 2 pula. Habis bos no. 2 maka amanat bos no. 3 pula dan seterusnya.

Di UTM, ia bermula di peringkat Naib Canselor (NC). Selepas NC memberi amanat, kemudiannya TNC pula memberi amanat. Kemudiannya Pendaftar UTM pula memberi amanat dan akhirnya amanat dekan di peringkat fakulti.

Bila kita nak beri amanat kepada diri kita sendiri pula? Asyik bos-bos aje.

Or rather, cuba kita teliti balik amanat Allah SWT kepada kita yang dinyatakan sejak sebelum kita lahir lagi.

Antaranya adalah, “Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk beribadat kepada Ku.”

Baiklah, setelah melihat pesan atau amanat Allah tadi maka aku terpanggil untuk memberi amanat kepada diriku sendiri…

Wahai Diri yang hina ini…
Pertama, berusahalah untuk sentiasa solat berjamaah terutama di masjid atau surau.

Kedua, jangan lupa membaca al-Quran walau hanya satu ayat satu hari. Ketiga, sentiasa berbuat baik kepada semua manusia, haiwan dan tumbuhan. Keempat, sentiasa bersedekah. Kelima, berpuasa sekurang-kurangnya sekali sebulan. Keenam, sentiasa menghubung silaturrahim. Ketujuh, sentiasa membantu pelajar.
Kelapan, sentiasa membantu, membantu dan terus membantu…

Speak Your Mind

*