Melawat Kak Long Di Rompin

Sempena cuti Tahun Baru Cina, aku telah memohon cuti dari 3hb Februari hingga ke 9hb Februari. Dengan hanya mengambil cuti 3 hari, aku mendapat seminggu holiday. Kami telah merancang untuk pergi menziarahi Kak Long di Rompin.

Kami bergerak ke Rompin sekitar jam 9 pagi pada 4hb Februari. Aku, Ma, Kak Ngah, Sakinah dan Asmaa menaiki Camry. Just nice, tak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit. Kalau tak cukup 3 penumpang di belakang rasa macam underutilized pula kereta.

Sempat singgah on the way di Mersing, beli keropok dan makan nasi dagang. Nampak agak ramai tourists yang berhenti membeli keropok di kedai-kedai persisiran pantai Mersing.

Kami sampai ke rumah Kak Long sekitar tengahari. Kak Long kerja dan rasanya she was on-called last night. Kak Long datang menghantar kunci kepada kami.

Itulah kerja Kak Long membantu me’repair’ manusia. Kalau me’repair’ kenderaan tak setinggi risiko me’repair’ manusia… Kenderaan paling kuat tak bergerak tetapi manusia silap-silap boleh mati. Tetapi walau apapun, doa kami semoga Kak Long ikhlas dan mendapat ganjaran yang sewajarnya untuk diraih di akhirat nanti.

Walaupun mendapat ganjaran gaji tetapi buatlah yang terbaik. Allah suka kerja kita yang ikhlas dan terbaik. Merawat manusia tidak boleh ala kadar. Mesti buat yang terbaik dan kemudiannya tawakkal tu alaLLah.

Keesokannya, aku membawa anak-anak ke pantai. Sakinah yang pernah ke pantai ini bersama Kak Long sebelum ini menunjukkan jalan.

Pantai nampak cantik dari jauh. Tetapi bila dekat, kelihatan banyak sampah sarap yang dibawa hanyut ke tepian oleh ombak.

Pantai Hiburan nama diberi
Tempat rehat mereka ke sana
Marilah kita bersenang diri
Di hari cuti raya cina.

Pantainya tenang diharap harap
Kita seronok bersenam nanti
Alahai sedih tengok sampah sarap
Bertaburannya di merata riti

Pulau Aur di tengah tengah
Pulau Tinggi di jalan darat
Elok kita mengambil langkah mencegah
Sebelum ia menjadi mudarat

Balik dari Pantai Hiburan dan baru sampai di quarters hospital, aku melihat seekor gagak rakus menerjah dan meragut seekor anak burung. Tinggal seekor lagi yang belum sempat dicapainya.

Aku lantas menghalau si gagak sebelum seekor lagi turut menjadi mangsanya.

Lebih kurang 15 tahun yang lalu semasa aku menjadi pengetua Kolej 12, aku juga terjumpa seekor anak burung yang terjatuh ke tanah bersama sarangnya. Aku mengambil dan memeliharanya sehingga ia boleh terbang. Kemudian melepaskannya…

Bayangkan si ibu dan si bapa burung kembali ke sarang dan mendapati kedua-dua anak mereka yang masih belum boleh terbang tiada di sarangnya.

Adakah perasaan sedih pada burung? Berapa lama perasaan ini terbengkam di hati mereka? Atau mereka hanya terus hidup seperti sediakala? Pada hemat aku, burung juga mempunyai perasaan kerinduan. Tetapi selama mana, aku kurang pasti.

Begitu juga bagi sesetengah manusia, sanggup membuang anak demi perbuatan angkara durjana? Si ayah sudah jauh melarikan diri kerana takut menggalas tanggungjawab. Maka si ibu yang buntu meletakkan anak di tempat yang dikira selamat dan berharap sesiapa menjumpainya untuk si anak meneruskan kehidupan…

Apakah tanggungjawab kita? Khabarnya sudah ratusan ribu anak-anak yang tidak sah taraf di negara kita sekarang. Atau kita hanya menunggu setelah anak kita pula yang menjadi mangsa?

Berperananlah… kerana kita semua mempunyai peranan masing-masing. Buatlah sedaya yang mungkin sepertimana saranan hadis Rasulullah (SAW), “Man raaa minkum mungkaran ila akhir hadis”.

Maksudnya jika kamu melihat sesuatu kemungkaran maka ubahlah dengan tangan. Jika kamu tidak mampu maka ubahlah dengan lisan. Dan jika kamu masih tidak mampu maka ubahlah dengan hati dan itulah selemah-lemah iman,

Speak Your Mind

*