Beli Charger Hand Phone

Sesiapa yang pakai handphone mesti mempunyai masalah charger tak caj dan sebagainya. Masa baru-baru beli oklah, dia fast charging. Tetapi lama kelamaan dia menjadi slow changing dan akhirnya terus tak masuk caj.

Kitapun beli cable yang tak original untuk menggantikan cable lama. Akhirnya, tak tahan juga… Biasalah barang murah dan tak original.

Sesiapa yang pakai handphone Samsung, dia ada branch untuk menukar spare part original di Taman Molek dekat Tebrau. Berdekatan Bank Ar-Rajhi, only one block away.

Saya pergi pagi tadi tanya charger Samsung yang original. Harganya RM130, mahalnya mak datuk. Saya mengubah fikiran untuk hanya membeli cable sahaja. Kosnya RM45.

So, sesiapa yang ingin mendapatkannya bolehlah ke sana.

Setelah membelinya baru saya bertanya kawan-kawan di internet tentang charger dan cable ini.

Mereka menasihati saya untuk membelinya melalui pos seperti di LAZADA dan seumpamanya. Katanya RM50 saja untuk membeli charger baru berjenama Umorie dan sebagainya.