Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) sudah lama ingin mendapatkan van sekolah yang baru. Bertahun-tahun kita mencari dana untuk mengumpulkan supaya mencukupi untuk membelinya.
Setelah kewangan kita mencukupi, saya membuat ‘survey’ hendak beli van untuk Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Banyak kriteria yang perlu dipatuhi; perlu automatic transmission, jenama tersohor, bukan Made in China dan sebagainya.
PIBG SMIH sudah lama merancang untuk membeli sebuah van yang membolehkan pelajar-pelajar mereka bergerak secara berkumpulan untuk ke pertandingan debat, memanah, program mukhayyam dan sebagainya.
Perancangan dan pengutipan wang dari orang ramai berjalan begitu lama untuk merealisasikan impian ini. Setahu saya, ia bermula semasa PM Dr. Zin Kandar menjadi pengerusi PIBG lagi, kemudian Tn. Hj. Alias, seterusnya Ir. Hj. Norhisham Samiran dan pada tahun ini, saya pula diamanahkan untuk mengepalai PIBG SMIH.
Diharapkan pada tahun ini impian tersebut tercapai insyaAllah…