Kelas ini adalah MGHN2554 Planning & Development yang diajar di Pejabat Tanah dan Galian Perak, Ipoh.
Kelas master pesisir Kursus Land Administration and Development yang paling ramai ‘so far’ iaitu seramai 35 orang tetapi seorang ‘dropped’ maka tinggal 34 orang pelajar.
Pelajar-pelajar ini adalah dari pelbagai bidang dari sekitar negeri Perak tetapi ‘mostly from PTD officers’ yang ‘attached’ dengan ‘Land Office’. Ada juga yang berkhidmat sebagai ‘Senior Settlement Officer’ (SO) yang agak berumur berusia 50 tahun.
Katanya, anak-anak beliau menyarankan supaya biar mereka ajelah yang menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Ayah sudah tua…
Seorang SO yang pemurah… Dibekalkan kami pensyarah-pensyarah dengan kain pelikat untuk lelaki dan kain sarong untuk perempuan. Dr. Abd Halim, Prof Dr. Hishamudin dan Dr. Rubiah Suratman jangan lupa untuk mengambilnya dari saya.
Beliau ingin mendapat pahala yang besar di bulan yang penuh barakah ini dan menyarankan supaya kita mula menggunakan kain ini untuk solat di bulan Ramadan.
Cuma komen saya kepada pelajar-pelajar kelas ini adalah bila kelas besar ia nampak ketidaksepaduan di antara ahli-ahlinya berbanding dengan kelas yang kecil.
Mungkin juga kalau kita masing-masing tidak turunkan pangkat kita semasa di dalam kelas maka setiap ahli tidak merasa terbuka untuk berinteraksi. Masih kaku atau terbawa-bawa dengan panggilan tuan atau puan di pejabat dan menyebabkan adanya ‘gap’ di antara satu sama lain. Bila ini terjadi, perbincangan untuk tugasan dan persediaan untuk ‘examination’ secara berkumpulan akan terencat.
Nasihat saya adalah apabila dalam kelas, kita semua sebagai pelajar dan semuanya sama tetapi apabila di pejabat, bos tetap bos.
Mohon maaf sekiranya saya tidak diundang untuk memberi komen atau pandangan. Tetapi niat saya ikhlas untuk melihat anda semua ‘happy’ sepanjang pengajian dan akhirnya semua berjaya.
Good luck in your final exams.