Setiap kali penghujung semester kedua, beginilah acaranya. Sesi bergambar dengan pelajar-pelajar Projek Sarjana Muda (PSM).
Terasa macam selebriti pulak.
Salah seorang dari mereka bertanya, “Doktor, 5 tahun lagikan nak pencen?”
“Oh, sempatlah penuh rak ini dengan tesis-tesis pelajar”, sambungnya lagi.
Saya memaklumkan kepada mereka bahawa tak semua pelajar memberi satu salinan naskah kepada penyelia. Dan penyelia pula tidak memaksa pelajar untuk memberikannya.
Kalau semua pelajar memberi satu salinan naskah setiap orang maka rak saya mungkin dah penuh sekarang. Apa taknya, saya mulai menyelia PSM sejak tahun 1995 lagi.
Masing-masing nampak seronok apabila semester akan mulai berakhir dalam beberapa minggu lagi.
Sekarang mereka bersiap-siap untuk menduduki ‘final exam’ disamping bersiap-siap mengemas bilik untuk membawa barang-barang balik ke rumah for good.
Doa saya pada mereka, “Ya, Allah, Engkau berikan kejayaan yang cemerlang kepada mereka yang menduduki ‘final exam’ yang terakhir pada semester ini. Engkau berikan kemudahan dalam menjawab soalan peperiksaan akhir mereka. Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan pencarian kerja mereka. Ya Allah, Engkau rahmatilah mereka, Engkau bukalah jalan-jalan yang mudah untuk mereka membuat keputusan. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik Perencana. Aamiin ya Rabbal’Alamin.