Hari ini 4 Syawal, bersamaan 8hb. Jun 2019. Alhamdulillah hari ini kami berjaya menziarahi 4 buah famili demi menyambung hubungan silaturahim keluarga.
Rumah pertama ialah jiran sebelah rumah di Taman Seri, Pengkalan Chepa. Rumah kedua pula ialah rumah Umi Gee di Kubang Kerian. Sedap makan nasi dagang yang disediakan…
Seterusnya, menziarahi bapa saudara isteri iaitu Chegu Wan Sulaiman berdekatan dengan Taman Uda Murni. Beliau adalah adik ipar mak mertuaku. Isterinya yang merupakan adik kepada ibu mertuaku sudah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu.
Dan akhirnya rumah Asmadi, adik isteri yang baru mendapat cucunya. Chegu Azimah Asmadi mendapat anak sulong mereka yang baru berusia sebulan.
Esok adalah giliran untuk menziarahi adik beradik saya pula di Palekbang. Dan lusa kami akan bertolak balik ke JB.
Ya Allah, sesungguhnya ziarah menziarahi ini adalah tuntutan agamaMu. Maka Engkau ikhlaskan hati ini supaya perbuatan ini adalah semata-mata keranaMu tanpa ada niat-niat yang lain. Aku juga menginginkan supaya hubungan anak-anakku dengan saudara maranya akan tetap subur walaupun setelah aku tiada nanti. Terimalah amal kami ya Allah. Aamiin, aamiin ya Rabbal ‘Alamin!