3 Syawal Di Rompin & Seterusnya Di Pengkalan Chepa…

Hari ini adalah 3 Syawal 1440, bersamaan 7 Jun 2019. Dan hari ini juga kami suppose to bertolak ke Pengkalan Chepa.

Hari ini bermula awal pagi tadi. Asmizul sekeluarga datang singgah untuk solat Subuh di Rompin, perjalanannya dari Pengkalan Chepa ke Kluang. Sambil datang beraya…

Setelah Kak Long balik dari ‘on call’ di Hospital Rompin, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah bonda di Pengkalan Chepa.

‘On the way’, kami sempat ziarah naqib usrahku, Alfadhil Ustaz Fuaad di rumah barunya di Kuantan. Alhamdulillah, kami dijamu dengan mee hoon dan kuih muih raya. Jazakallahu khairan kathira kepada ustaz dan ustazah sekeluarga. Kami bergerak sekitar jam 12 lebih dari rumah ustaz.

Destinasi yang seterusnya ialah rumah abang sulongku yang berada di Kg. Paya Besar, Kuala Berang. Alhamdulillah, sempat berborak dengannya manakala seorang lagi abangku sudah pergi menemui Illahi pada tahun lepas.

Akhirnya, kami sampai ke destinasi rumah Bu di Pengkalan Chepa sekitar jam 9.30 malam.

Pada awalnya, aku merancang untuk pergi ke jamuan Hari Raya Alumni Sekolah Menengah Sultan Ismail di Lundang. Tetapi diri terasa amat penat… Terasa missed sangat kerana aku hanya sempat bersekolah di situ di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 sahaja. Rasanya ramai yang aku tak kenal dari yang kenal. Sesiapa yang pernah sekelas denganku di 2P2 dan di 3P1 mungkin aku boleh teka atau agak.

Esok adalah sesi ziarah menziarahi keluarga di Kelantan pula.