Balik Raya…

Setiap kali hari raya merupakan suatu medan pertarungan. Kadang-kadang kenderaan saja yang rosak, kadang-kadang melibatkan kecederaan dan kadang-kadang melibatkan kemalangan jiwa. Bukan seorang dua tetapi kadang-kadang sehingga ratusan nyawa.

Sedihkan! Kita pergi berperangpun tak seramai itu yang gugur.

Tapi apakan daya, sifat atau akhlak kita berubah apabila memegang steering. Kita mudah rasa tercabar jika seseorang melakukan sedikit kesalahan terhadap kita walaupun dia tidak berniat begitu.

Alhamdulillah dengan perencanaan Allah SWT, pada tahun ini kepulangan kami berhari raya di kampung tiada kemalangan yang berlaku.

Tidak seperti tahun lepas dan tahun sebelumnya. Tahun lepas, kereta orang melanggar kereta Alza yang dipandu oleh abang dan abang melanggar kereta yang saya pandu di Peringat. Tahun sebelumnya, kereta orang telah melanggar tepi kereta yang saya pandu di Tanah Merah. Tetapi saya dikira bersalah oleh Sarjan Mat. Mudah-mudahan Sarjan ini akan mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak insyaAllah.

Kami bertolak dari Pengkalan Chepa sekitar jam 8.15 pagi tadi. Sekitar jam 12 tengahari, kami singgah di rumah Dr Firdaus di Kuala Terengganu. Pertama kali sampai ke rumahnya walaupun mengenalinya sejak lama dulu, kalau tak silap akhir tahun 1990an atau awal 2000an.

Terus hantar Kak Long di Rompin, kami solat maghrib dan isya secara jamak takdim serta qasar.

Akhirnya sampai di BDO pada pukul 12.15 pagi.

InsyaAllah akan memulakan puasa 6 pada esok pagi. Jom, kita sama-sama lakukan puasa yang sangat dituntut ini, mudah-mudahan beroleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.

Minggu lepas hanya sempat berpuasa 2 hari, hari ini (17/06/2019) sambung semula sehingga hari Rabu insyaAllah. Hari Khamis tak boleh berpuasa kerana UTM dan FABU akan melaksanakan majlis Jamuan Hari Raya di peringkat universiti dan fakulti.