Kami Suka Makan Durian

Hari Raya Kedua di Rompin bersamaan 6 Jun 2019, alhamdulillah…

Kami anak beranak memang gemar makan durian. Tetapi pulut durian, tak pasti pula anak-anak boleh makan sepertimana aku makan. Umminya tak pernah masak pulut untuk dimakan dengan santan dan durian.

Pernah juga semasa di rumah Bu, anak-anak tengok arwah Tok Ayah makan pulut durian.

Yang aku seronok di sini adalah malam raya pertama, aku beli durian di Tanjung Gemok di dua gerai. Gerai pertama RM65 manakala di gerai kedua RM48. Harga di kedua-dua gerai itu sama iaitu RM10 sekilo.

Malam tadi, aku beli lagi 10 kilogram di Rompin dengan harga RM10 sekilo juga. Dia letak harga RM12 sekilo tapi aku tawar. Sehari sebelum tu, aku dah datang ke gerai ini, mak ai, RM16/kg. Bye bye ajelah.

Alhamdulillah yang malam tadi lagi best, semua isi kuning. Setakat 10 kg dan kami seramai 11 orang, rasanya tak sampai setengah jam, selesai…

Hari ni, Kak Long ‘on call’ lagi. Kami menunggu sehingga pagi esok untuk semua balik beraya di rumah Bu di Pengkalan Chepa.

Alhamdulillah, aku bangun solat tahajjud pagi tadi kemudian bersahur sebelum ke Masjid Tengku Mahkota Abdullah untuk solat Subuh.

Aku sorang aje berpuasa hari ni. Puasa ganti yang aku berbuka ’emergency’ semasa ke hospital HSI baru-baru ini.

Ingatlah, hidup kita ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah secara keseluruhannya dan sepanjang masa. Bukan bila kita senang aje. Bukan ‘part-time’ aje.

Tapi biasalah, bukan senang nak buat.

Itu yang duduk sebut selalu supaya hati sentiasa ingat. Ingat bahawa dunia ini sementara tetapi akhirat jua untuk selamanya. ‘Once, we’ve gone, we’re gone forever. No turning back’. Penyesalan sudah tiada berguna lagi.

Ayuh, teruskan amalan ziarah menziarahi, mengeratkan silaturahim. Selepas itu, teruskan pula dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal dan mendapat ganjaran seperti berpuasa setahun penuh.

Aamiin, aamiin ya Rabb….