Bermula dari hari Sabtu, 15 Jun 2019, jadualku agak padat. Pada hari tersebut ada walimah anak Sanusi Shuib di Hotel Summit USJ, ada Mesyuarat Agung Koperasi Muslimin Malaysia Berhad di Hotel Regency sehingga 16 Jun.
Balik JB terus demam, batuk dan selsema. Tetapi alhamdulillah sempat baca Projek Sarjana Hazimin untuk diperbaiki, tandatangan Projek Sarjana Mahfuzah, buat CRR untuk subjek SGHP1083 Perancangan Bandar dan Desa, dan lain-lain lagi.
Hari ini pula, 20 Jun, ada jamuan raya peringkat UTM dan jamuan raya FABU pada malam ini. Pagi ini bergotong royong merewang di sekitar bangunan B12, FABU.
Esok pula adalah ‘Family Day’ Koperasi UTM Berhad di Tanjung Balau sehingga lusa, 22 Jun.
Lusa juga aku ada kelas SPACE di UTM KL sehingga 23 Jun. Wow! Agak padat nampaknya. Kelas SPACE yang pertama bagi semester pendek 2018/2019. Inilah kali pertama aku mengajar di semester pendek.
Inilah juga dikatakan kehidupan! Cuba memberi pengalaman dan pengajaran kepada ummah. Kita berbuat yang terbaik supaya masyarakat mendapat sesuatu dari keberadaan kita di dunia ini. Jangan menyusahkan sesiapa tetapi kita mencuba ‘contribute’ sesuatu kepada dunia.
Sesuatu yang nampak insignificant kepada kita tetapi kepada orang lain, mungkin ia sesuatu yang lebih bernilai dari emas dan perak.
Pada aku, engkau buatlah apa saja, waimma buang duri atau paku di tengah jalan, asalkan ia memberi manfaat kepada manusia sejagat.
Kita of course memberi setakat mana daya dan upaya kita…
Dan satu lagi hanya orang yang memiliki yang dapat memberi…
Dan tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang meminta…
Jadikan rutin kita supaya ada sesuatu untuk diberi kepada sesiapa saja di kala mana jua. Bentuknya mungkin berbeda; adakala wang, adakala tenaga, adakala buah fikiran dan mungkin adakala hanya senyuman. Kadang-kadang senyuman itu lebih berharga dari wang ringgit. Senyuman yang menghiburkan hati di kala hati gundah gulana memikirkan masalah yang dihadapi adalah amat berharga dan dicemburui.