Pada 22 Jun 2019, aku, isteri, Asmini dan Asmaa menziarahi kawan lama aku, Rustam Khairi Zahari dan isteri, Raja Noriza Raja Ariffin (Olly) di Shah Alam.
Mereka membuat hari terbuka untuk jamuan hari raya dari pukul 2 hingga 6pm. Walau bagaimanapun, kami tiba di rumah mereka jam 8.30 malam. Aku sudah memaklumkan kepada Khairi yang aku mempunyai kelas dari 2 petang hingga ke malam dan aku mencuba untuk hadir ke rumahnya sekiranya sempat.
Aku merasa agak terikat untuk hadir apabila seseorang menghantar whatsapp dan mengajak secara personal. Kan kita semua tahu tentang ‘Hak seorang muslim keatas seorang muslim yang lain.’ Ia ada 6 perkara. Antaranya adalah apabila dipelawa untuk menghadiri majlisnya maka wajiblah kita cuba memenuhinya.
Dr. Khairi adalah lecturer UIA manakala isterinya, PM Dr. Olly adalah lecturer UM.
Kami satu flight dulu, 25 orang berlepas dari Subang ke Los Angeles pada 16 Ogos 1982 dibawah tajaan JPA.
Masa tu naik MAS hanya dari Subang ke Narita, Jepun aje then continue with US punya plane. Tak ingat dah flight jenis apa…
Di Jepun, kami menginap di Narita View Hotel. Seorang sebilik…
Lepas itu kami tiba di Los Angeles International Airport disambut oleh Nay Farsadi dari Language Center of the Pacific untuk dibawa ke Azusa. Ada juga beberapa orang senior dari California State University Long Beach yang datang menyambut kami.
Itulah bermulanya persahabatan kami…
Setelah beberapa lama di Azusa, kami 25 orang plus 2 orang yang baru sampai bertebaran ke merata USA. Khairi dan Olly ke Arizona State University, ada ke Montana, ada ke Cal State Long Beach dan aku ke Northern Arizona University (NAU) di Flagstaff. Jarak tempat aku ke Grand Canyon adalah tersangat dekat.
Aku, Khairi dan Olly bertemu semula di University of Louisiana at Lafayette (The University of Southwestern Louisiana, nama lama). Aku berpindah dari NAU kerana arahan JPA. JPA tetap mensyaratkan supaya aku menjurus di bidang Town and Country Planning dan bukannya Land Use Planning.
Kawan-kawan yang satu batch, tak ramai yang masih berhubung. Akupun hanya sesekali ber’facebook’ dengan Sanusi Said. Aziz agak kerap juga aku berhubung, baik melalui whatsapp atau facebook. Aziz sekeluarga pernah datang ke rumah aku masa hari raya setahun dua dulu disamping menziarahi mertuanya di Johor. Manakala Zamhuri Ramli, aku hanya baru mendapat nombor telefonnya…
Ada juga yang aku dengar telahpun pergi mengadap Ilahi iaitu allahyarham Khalid. Ada juga yang berhijrah ke luar negara.
Pada aku, buatlah apa yang patut asalkan bahagia.
Aku seboleh-bolehnya akan cuba untuk membantu sesiapa saja yang perlukan bantuan. Banyak kerajaan telah membantu aku sehingga dapat belajar ke seberang laut dari degree sampailah ke peringkat PhD. Alhamdulillah!