Ada sesiapa nak tiket bas YoYo Express dari KLIA ke JB? Perjalanan pada 11 Jul 2019, pukul 2.10 petang. Dua tiket. It’s FOC.
Saya beli tiket bas secara online pada 26 Jun 2019. Biasanya saya guna website Redbus aje. Tetapi untuk ke KLIA hanya ada BusOnlineTicket.com dan tidak pada Redbus.
Tiket bas bertolak dari Johor Bahru ke KLIA memang betul tarikh dan masa sebab saya dan isteri hendak mengambil flight ke Kota Bharu pada pukul 4.30pm, 11hb Julai. Flight saya balik dari KB pula ialah pada 13hb Julai. Tetapi terbeli tiket bas balik JB dari KLIA pada 11hb Julai. Sama tarikh pergi dan balik… Hmmm.
Itu kira dah berhati-hati…kerana saya pernah beli tiket flight connecting dari KL ke JB tersalah malam. Anak balik dari Mesir. Nak tukar tarikh tiket dah tak boleh kerana beli tiket murah.
Ini tiket bus YoYo Express pula. Saya dah called semalam untuk tukar tarikh dan email juga kepada mereka tetapi jawapan yang diterima menghampakan. BusOnlineTicket.com kata mereka hanya agen jual tiket sahaja dan tidak boleh menukar tarikh. Pelikkan?
Kalau nak kira masa ada 2 minggu lagi. Tetapi kita kena ikutlah kalau polisi dia macam tu.
Atas dunia ni ada 2 aje… samaada kita nak tolong atau kita tak nak tolong. Kalau kita tak nak tolong masalah orang, cakap apapun tak guna.
Oleh itu pendekatan saya ialah iklan ajelah. Siapa yang nak, boleh dapatkan dari saya. Terasa tersangat rugi jika ia tidak digunakan.
So, sesiapa nak tiket bus YoYo dari KLIA ke JB pada 11 Julai, pukul 2.10pm? Free untuk 2 seats. Just maklumkan kepada saya supaya ia tidak bertindan dengan orang lain. First comes, first serves. Terima kasih.