Pendaftaran Pelajar SPACE Program Sarjana Muda Pengambilan September 2019

Sesiapa yang ingin menyambung pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) atau SPACE, bolehlah datang mendaftar di Pejabat SPACE di Residensi UTM KL hari ini (Sabtu) dan esok Ahad (6 dan 7 Julai 2019). Pada minggu ini, SPACE buat pendaftaran di Kuala Lumpur.

Rasanya dalam masa 2 minggu, pendaftaran pelajar SPACE akan dibuat di Johor Bahru pula.

Ini adalah program bagi menggalakkan sesiapa yang masih berminat untuk terus belajar. Kalau dulu mungkin kita mempunyai kekangan dari segi masa untuk belajar dan perlu bekerja terus selepas mendapat Diploma. Mungkin kita mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan pelajaran pada masa dahulu. Sekarang baru kita mempunyai masa, kewangan dan kelapangan untuk meneruskan pembelajaran.

Kebanyakan kursus ditawarkan di sini. Semua boleh mendaftar baik kursus kejuruteraan, pengurusan, alam bina, dan sebagainya.

Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah (Land Administration and Development) juga tak terkecuali ditawarkan. Kursus LAD ini adalah satu-satunya kursus yang ditawarkan dimana-mana universiti awam atau swasta di Malaysia.

Apa prospek kerjaya untuk kursus LAD?

Rata-ratanya ramai yang mengambil kursus ini berkhidmat dalam industri harta tanah di pelbagai pejabat kerajaan mahupun swasta. Ada juga yang bekerja di bank, TH, KWSP dan sebagainya. Ada juga yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan juga Pegawai Tadbir Negeri (PTN) di pejabat-pejabat Tanah dan Daerah di seluruh negara. Tidak kurang juga mereka yang bertugas di Pihak Berkuasa Tempatan.

Jom datang beramai-ramai bagi sesiapa yang berminat. Yang penting berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Kita jumpa di sana!