Kita semua belajar. Belajar dari buaian sehingga ke liang lahad. Tiada manusia yang sudah tamat belajar walaupun dia sudah memperoleh PhD. Dengan kata lain, belajar ini tiada noktahnya.
Kadang-kadang hasrat si ibubapa ingin mengajar semua perkara kepada anak-anaknya. Mengajar tentang ilmu kehidupan. Ilmu bermuamalah, ilmu bersopan santun, ilmu berwaspada, ilmu berterima kasih, ilmu kebersihan, ilmu memohon dan memberi kemaafan dan pelbagai ilmu lagi. Tujuannya hanya satu iaitu supaya anak-anaknya boleh hidup secara aman damai di dunia yang fana ini. Hidup bukan untuk kepentingan anak-anak kita sahaja tetapi untuk menjaga kemaslahatan ummah dan memberi rahmat ke seluruh alam.
Proses pembelajaran yang berpanjangan ini sentiasa berlaku. Tidak kira siapa gurunya. Kadang-kadang si anak mempelajari sesuatu dari bapanya tetapi kadang-kadang sebaliknya pula, si ayah belajar dari si anaknya pula. Bahkan kadang-kadang kita belajar waima dari binatangpun.
Banyak juga apa yang aku cuba ajarkan kepada isteriku. Sebelum ini aku mengajar isteri bagaimana hendak menggunakan perkhidmatan LRT di KL.
Minggu depan, saya akan ajar isteri saya bagaimana hendak balik ke rumah ibunya di Pengkalan Chepa dari Johor Bahru. Bagi tujuan ini saya akan turut bersama menjejaki jalan-jalan yang bakal kami lalui samaada melalui bas mahupun kapal terbang.
Aku sudah meneliti flight dari JB ke KB. Yang pertama ialah tiada direct flight. So, semua flight perlu transit di KL. Transit yang paling cepat ialah selama 8 jam. Harga tiket bas dari JB ke KLIA ialah RM59. Jadi, adalah agak membazir jika tiket flight dari JB ke KL melebihi RM59. Lepas itu terpaksa menunggu transit pula selama 8 jam.
Pada aku agak ekonomikal jika kita mengambil bas dari JB ke KLIA dan dari KLIA ke KB menggunakan flight. Bas dari JB ke KLIA hanya memakan masa 4 jam sahaja.
Kalau tidak, lebih baik menaiki bas aje dari JB ke KB kerana ia mengambil masa lebih kurang 12 jam.
Bagi isteri aku, lebih elok dia mengambil flight kerana apabila keluar aje dari airport terus sampai ke rumah ibunya. Hanya berjalan kaki aje…