Pendaftaran Rasyid Di UiTM Dungun

Pendaftaran anakanda, Wan Abdul Rasyid yang mengambil Diploma Culinary di UiTM Dungun pada 20 Julai 2019. Jalan dalam kampus jammed sehingga sekarang untuk membawa pelajar dan barangan ke kolej kediaman. Sekarang jam menunjukkan pukul 15.37pm dan pendaftaran dijangka tamat pukul 16.00.

Alhamdulillah mungkin boleh dibuat penambahbaikan untuk next semester. Katanya this semester, pendaftaran pelajar teramai iaitu berjumlah 1,800 orang.

Banyak cara boleh dibuat untuk mengelakkan kesesakan. Antara pengalaman saya sebagai pengetua kolej dahulu ialah dengan menghadkan kemasukan kereta ibubapa pelajar.

Kita maklumkan kepada ibubapa supaya mereka parkir kenderaan di suatu tempat kemudian ibubapa dan pelajar diferi dengan menggunakan bas UTM.

Apapun tahniah UiTM! Didoakan UiTM terus menjadi pilihan bangsaku dan kaum bumiputera untuk menuntut ilmu ke mercu jaya.