Berkorban Di Raya Korban 2019

Saban tahun dia datang. Saban tahun juga kita seronok membuat ibadat korban samaada untuk diri kita sendiri, atau untuk isteri, atau untuk anak-anak kita. Sesiapa yang ada rezeki itu, eloklah menjalani ibadah korban setiap tahun. Tak mampu kambing, buatlah sekurang-kurangnya 1/7 dari seekor lembu.

Kalau boleh biar dia menjadi ibadah tahunan. Pandai-pandailah kita membuat giliran. Mungkin sekali dekat kampung kita, tahun depan di Taman dimana kita tinggal, kemudian setahun lagi di negara Islam yang lain pula dan kemudian setahun lagi di negara Islam yang lain pula dan seterusnya. Begitu juga mungkin tahun ini untuk diri kita, tahun depan untuk isteri kita, tahun seterusnya untuk anak pertama kita, tahun seterusnya untuk anak kita yang seterusnya.

Disamping itu, observelah perkara-perkara sunat bagi mereka yang berkorban. Antaranya jangan bercukur atau memotong kuku apabila sudah masuk bulan Zulhijjah.

Kita sedar betapa besarnya pahala untuk mereka yang berkorban. Kalau tidak masakan Nabi Ibrahim AS sanggup berkorban untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS sehinggalah Allah datangkannya dengan binatang gantiannya.

Pada tahun ini, saya menjadi sukarelawan di beberapa buah masjid. Pada hari raya pertama, saya menjadi sukarelawan di Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai. Keesokannya, saya menjadi sukarelawan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn. Pada hari raya ketiga pula, saya menjadi sukarelawan di Sekolah Islam Hidayah yang akan mengorbankan 5 ekor lembu. Saya mengambil satu bahagian dari 5 ekor lembu tersebut dengan harga RM680.

Didoakan semoga Allah SWT menerima amal ibadah korban kita pada tahun ini insyaAllah. Aamiin, aamiin ya Rabbal ‘Alamin.