Bersama YDP Majlis Daerah Labis

Perjumpaan ini, kadang-kadang kita rancang dan kadang-kadang kita tak rancangpun tetapi berjumpa…

Semalam 1 Ogos 2019, saya menemani rakan-rakan ke Bekok, dekat Chaah. Expedisi mencari durian… Agak jauh ke pendalaman.

Apabila tiba di rumah Pak Din (pemborong durian), saya ternampak seseorang yang pernah saya lihat sebelum ni.

Saya menegurnya, kita pernah berjumpa tapi dimana ya? Dia melihat saya kembali.

“Eh, Dr. kan?”, tanya beliau. “Dr. pernah ajar kami JCS (Johor Civil Service) buat master degree dulu”, sambungnya lagi. “Then kita pergi panjat Borobudur”, jelasnya lagi.

“Sorry Dr., saya tengok Koperasi Muslimin di baju Dr., ingatkan siapa tadi?”, jelas YDP Daerah Labis. Sharil Nizam Abdul Rahim adalah salah seorang JCS yang sempat aku ajar dulu dan kini menjawat jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Labis.

Alhamdulillah, all the best to him dan didoakan rezekinya semakin bertambah baik dan mendapat jawatan yang lebih tinggi, InsyaAllah.

Cuma, pesan saya ialah kita perlu menjaga integriti dan selalu berlaku adil dalam apa jua tindakan kita. Mudah-mudahan kita selamat di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.

Dalam peristiwa ini, saya agak kagum dengan Pak Din kerana semua pemilik kebun buah-buahan samaada durian, manggis dan sebagainya menghantar buah-buahan ke rumahnya. Ada orang melayu dan ada orang cina. Kebiasaannya, pemborong ini adalah dari kalangan orang cina!