Kelmarin (14 Ogos), aku pergi kursus di PSZ dari pukul 10am hingga 12.30pm. Kursus pasal ‘Web of Science‘. Dapatlah ilmu sikit-sikit. Tak banyak tak apa, janji ada peningkatan ilmu.
Dia tunjuklah macamana nak tahu bidang yang ‘hot‘ untuk dibuat kajian sekarang ini. Contohnya, dalam web kita boleh tengok dulu orang tak kaji sangat pasal virus zika tetapi sekarang sudah ramai yang membuat kajian itu.
Penceramah juga menasihatkan kita supaya tidak ‘aim for jurnal‘ yang hebat-hebat untuk ‘publish‘ kita punya artikel, nanti ‘failure rate is very high‘. ‘For a beginner, we should aim for government’s journal atau low indexing rate journal‘.
Bukan apa takut sekali cuba terus ‘failed‘ dan terus serik tak nak hantar lagi.
‘Actually‘, apa yang saya nak ceritakan hari ini ialah berkaitan Tan Sri Ainuddin Wahid.
Beliau membuat pintu gerbang UTM dengan terpampang di atasnya iringan doa masuk dan doa keluar.
Pintu masuk UTM tertera ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan katakanlah: Ya Allah! Tambahkanlah ilmu ku”. Manakala dikala keluar tertera ayat al-Quran yang bermaksud: “Darjat seseorang adalah menurut usahanya”.
Berbekalkan nilai tauhid sebagai prinsip asas, kasih bangsa sebagai jalannya dan ketegasan sebagai pegangannya, Ainuddin telah melahirkan modal insan yang kualitinya jauh mendahului zaman.
Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan yang terdahulu memasuki UTM sebagai staf, pesanan Ainuddin semasa temubual untuk menjadi pensyarah adalah ‘Jangan Tinggal Solat’.
Ada juga beberapa pantun Ainuddin yang menggesa pelajar-pelajar UTM untuk kembali ke UTM sebagai alumni. Antaranya,
Sipokok nyatoh di Gunung Banang,
Tempat bermula burung bermain,
Tempat jatuh lagi dikenang,
Ini pula tempat bermain.
Ikan belanak ikan gurami,
Melompat melata memakan berangan,
Walaupun anak-anak meninggalkan kami,
Jauh di mata di hati jangan.
Laut biru sinar berseri,
Pantai tempat kekasih berjumpa,
Ajaran guru sukar dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.
Cahaya redup menyegar seroja,
Ayam berkokok mengirai tuah,
Jikalau hidup tidak bekerja,
Umpama pokok tidak berbuah.
Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid
Naib Canselor UTM (1972-1989)