Lita’arafu…

Kenapa orang cina tak suka dengan orang melayu dan sebaliknya orang melayu tak suka dengan orang cina?

Ada pilihankah kita untuk dilahirkan oleh keluarga melayu atau cina?

Ada pilihankah kita untuk mendapat kulit berwarna putih atau sawo matang, bermata bulat atau sepet?

Sudah pasti kita tiada pilihan. Semuanya adalah ketentuan Allah yang menjadikan kita berbangsa-bangsa dan berlainan ras.

Oleh itu, kenapa kita tidak suka kepada benda atau perkara yang kita tiada pilihan?

Setujulah dengan saranan Allah SWT yang mana kita dijadikan dengan berbilang bangsa dan warna kulit supaya kita lita’arafu atau berkenal-kenalan dan bukannya saling benci membenci.

Lihat surah al-Hujurat; “Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti.”

Kenapa perlu kita saling membunuh sesama kejadianNya?

Insafilah brothers. We are coming from the same root, yakni Adam dan Hawa.