Hari Keluarga UTM rasanya diadakan 2 tahun sekali. Pada tahun ini, ia dilaksanakan pada 17hb Ogos 2019. Inilah kali pertama diadakan selepas banyak fakulti di’merge‘kan setahun yang lalu. Di UTM JB, kalau tidak silap hanya tinggal 5 fakulti.
Disamping beberapa acara yang dipertandingkan, banyak juga hadiah-hadiah yang disediakan bagi acara cabutan bertuah. Grand prize for cabutan bertuah ialah sebuah motosikal HONDA. Aku tidak bertuah pada kali ini. Sebanyak-banyak hadiah cabutan bertuah, yakni 65 buah, satupun tidak mengena.
Sebelum ini, aku pernah mendapat ”deep fryer dalam cabutan bertuah Hari Keluarga UTM beberapa tahun yang lalu.
Ramai juga yang hadir termasuk Pengerusi Lembaga UTM, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, dekan-dekan dan mereka yang berkepentingan dengan UTM.
Apa yang kita harapkan adalah objektif hari keluarga UTM tercapai dengan sebaik-baiknya.
Terima kasih…