Selamat Datang Pelajar Baru Semester 1, Sesi 2019/2020

Kami mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru ke UTM bagi Semester 1, Sesi 2019/2020.

Di sinilah permulaan anda. Anda akan bermukim selama 4 tahun sekurang-kurangnya di sini. Anda akan diperap, dipanggang, diketuk, dibakar, dan diberi ramuan yang mencukupi bagi mematang dan memasakkan keperibadian anda di sini. ‘Make a full use of your staying here’ Banyak yang kita boleh pelajari di sini. Kita mempunyai sebesar-besar Perpustakaan di UTM Skudai. Bukan sebuah tetapi 2 buah library kita ada. Jangan malu untuk bertanya kepada pensyarah kita atau tanya senior kita atau tanya kawan-kawan kita.

Kita akan dilentur dan dibentuk selama keberadaan di sini. Dalam proses pengerasan, anda akan di’mould’ mengikut acuan pilihan anda. Anda boleh memilih untuk tidak mempedulikan apa-apa selain menelaah matapelajaran semata-mata. Anda juga boleh memilih disamping ilmu profesional yang kita hajati dan pelajari, kita juga boleh mendekatkan diri dan cuba mengenal badan-badan NGO yang ada di universiti. Akhirnya, kita akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Pada sesetengah orang yang telah melalui proses ini, saat di universiti adalah saat yang paling manis dalam kehidupan. Saat kita explore things… Semua kita hendak tahu. Ada kita buat secara sah dan ada yang kita buat secara tidak sah.

Memang kita berani atau kita berani kerana kebodohan atau kealpaan kita? Saya sewaktu belajar di USA dulu, pernah membawa kereta di Los Angeles tanpa lesen memandu. Astaqfirullahal Azim!

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat memasuki alam menara gading. Teruskan exploration… Jika anda menghadapi masalah nanti, kita ada kaunselor yang akan membantu anda. Hospital Permai pun ada di Tampoi. Mudah-mudahan anda menggunakan masa 4 tahun ini dengan sebaik mungkin.

Ahlan, welcome, selamat datang….

UTM Open Day