Hati kita ini sentiasa berbolak balik. Sebab itu, kita disuruh Allah SWT untuk berdoa, “Ya muqallibal qulub, tsalbit qalbi ‘ala deenik”. Hari ini kita rasa ok dan mungkin esok kita rasa tak ok. Who should be blamed after all?
Kadang-kadang kita rasa kita sudah buat yang terbaik tetapi ada saja dia cari benda untuk memulakan perkelahian. Ada tu dia jelous something hari ini…
Aku sebenarnya dah malas. Dah tak larat untuk melayan kerenah yang bukan-bukan.
Susah-susah biar aku duduk sorang aje. Bila kita mati nantipun, kita tinggal sebatang kara juga. Hmm…
Cuma, ia tidak cantik di mata anak-anak.
Hairanpun ada, rasa pelikpun ada kenapa ia berlaku? Tak cukup lagi dengan apa yang aku berikan?
Laa hawla wala quwwata illah billahi ‘alimil ‘azim.
Itulah hakikat Allah dan Rasul menyuruh kita banyak bersabar. Dan perkara sabar ini tak mudah untuk dilaksanakan. Ia perlu pengawalan emosi, penekanan ego ke tahap paling minima dan banyak bersyukur kepada Allah diatas nikmat yang telah diberikan.
Ya Allah, banyak sekali nikmat-nikmat yang Engkau telah berikan kepadaku yang mana sudah pasti aku tidak mampu untuk membalasnya. Aku bersyukur dengan pemberianMu itu.
Ya Allah, tidak kurang juga ujian yang Engkau berikan kepadaku…
Oleh itu, ya Allah… Engkau kuatkan semangatku dan Engkau tingkatkan imanku supaya aku berupaya menanggung dan mampu berhadapan dengan masalah-masalah yang diberikan atau yang diujikan ini. Sesungguhnya Engkaulah yang maha memberi petunjuk terhadap sesuatu.
Aku pasrah kepadaMu ya Allah diatas apa jua ujian mendatang. Dan aku faham, sesungguhnya ujian itu datang dikala kita susah dan mahupun dikala kita senang. Dan ujian dikala kita senanglah, ujian yang paling sukar untuk aku hadapi.
Ya Allah, berikan aku kekuatan!