Pemandangan UTM KL Dari Bangunan MJIT

Pemandangan persekitaran UTM dan Kuala Lumpur City Center dari aras 9, Bangunan MJIT, UTM KL amat mengujakan.

Secara ringkas, kita akan nampak bumbung panel solar UTM berhampiran dengan masjid UTM dan BATC. Bumbung solar ini digunakan untuk menutupi parkir kereta yang berada di bawahnya.

Di sebelah kiri MJIT adalah Residensi UTM. Ia tersergam indah tetapi mungkin sedikit under utilized.

Niat asal mungkin ingin menjadi salah sebuah mall yang sibuk dan berjenama. Kalau tak silap saya, ia dijenamakan sebagai Gurney Mall sempena nama Jalan Gurney di hadapan UTM KL. Buat masa sekarang ia masih belum lagi berhasil untuk mengukir nama. Mungkin kemudiannya insyaAllah.

Pada saya, tidak semua pusat membeli-belah boleh menjadi maju dan berjaya sepertimana Plaza Angsana di Johor Bahru. Banyak juga yang mati dan tak kurang pula yang “hidup segan mati tak mahu”. Antara yang gulung tikar adalah Best World yang banyak kali telah diberi pernafasan semula. Tapi akhirnya mati juga ia!