Guru Dengan Murid

Proses penyeliaan Projek Sarjana bagi pelajar-pelajar Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah (Master of Land Administration and Development). Yang official, perjumpaan ini hanya 3 kali sahaja sepanjang semester.

Tetapi kita buat lebih dari itu… Ia boleh dilakukan dimana-mana, tidak terikat di pejabat UTM JB atau di UTM KL, malah di restoren mamak juga proses ini berjalan. Yang penting, pelajar merasai bahawa dia diseliakan dan pensyarah pula merasakan bahawa dia membuat penyeliaan.

Dan yang teramat penting ialah pelajar mendapat seliaan yang sepatutnya dengan kadar yang sewajarnya.

Kita dulu pernah merasai betapa getirnya menulis tesis tanpa adanya penyeliaan. Hendak menangispun ada, hendak merayupun ada… Apatah lagi apabila di luar sana suasana suram dan salji turun sedikit demi sedikit. Kadang-kadang ketika inilah kita mencari escapism, yakni membuat sesuatu lain dari tugas kita yang sebenarnya.

Mencari dan melakukan perkara lain bagi tujuan melekakan kita dari melaksanakan penulisan tesis adalah suatu escapism yang sementara. Ia ibarat memakan panadol yang menghilangkan rasa sakit…apabila ubatnya hilang maka sakitnya kembali terasa.

Kita sepatutnya terus menghadapi masalah dan bukannya lari dari masalah. Sepertimana lirik lagu Hotel California, you can check in but you can’t never leave!

Masalah tidak pernah lari dari kita. Hari ini kita selalu satu masalah, esok datang 5 lagi masalah. Kita selesai 3 masalah esok, baki yang masih kita belum selesai ada 2 tetapi Allah tambah lagi 10 masalah. Begitulah masalah dan penyelesaian silih berganti.

Masalah yang tidak kita selesaikan, ia tak akan pergi. Dia akan duduk di situ sehingga kita selesaikannya. The more kita tinggal masalah tanpa penyelesaiannya, the more headache we gonna face in the future.

UTM Open Day