Seminar Pentadbiran dan Pembangunan Tanah 2019 bertajuk “Pentadbiran Tanah di Malaysia: Dinamik Mendepani Pembangunan Negara” telah dilaksanakan di De Palma Hotel Shah Alam, pada 01 Oktober 2019.
Lebih 200 orang peserta yang terdiri dari profesional, pelajar Sarjana dan pelajar Sarjana Muda telah menghadirkan diri bagi seminar ini.
Para pembentang terdiri dari YB Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak (Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang), YBhg Tuan Haji Abdul Rahman bin Johor (Timbalan Ketua Pengarah JKPTG), YBhg Profesor Dato’ Salleh Buang, YBhg Dr Khadijah Hussin dan YBrs En. Muhammad Yasir Yahya.
Seminar sehari ini adalah anjuran UTM dibawah Program Pascasiswazah Pentadbiran dan Pembangunan Tanah dengan kerjasama Land Administration and Development Studies Group dan SUK Negeri Selangor.
Ramai juga dikalangan para pensyarah termasuk mantannya serta para alumni Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah yang telah hadir. Ia seolah-olah program reunion bagi kursus LAD ini.
Ramai juga diantara pelajar yang mana saya sudah lupa rupa mereka. Chun dan Andy adalah mereka yang saya sudah lupa. Bukan senang untuk mengingati kembali beribu-ribu bekas-bekas pelajar kita, apatah lagi saya juga dulu pernah menjadi Pengetua kepada 3 buah kolej, iaitu Kolej Siswa Desa Skudai, Kolej 12 (Kolej Datin Sri Endon) dan Kolej 16 & 17 (Kolej Dato Onn Jaafar).
Saya cukup terharu dengan kehadiran mereka yang mana ramai dikalangan mereka juga sudah berjaya dalam kehidupan. Ada yang membuka syarikat pemaju sendiri setelah sekian lama berkhidmat dengan Government Link Company dan sebagainya. Ada juga yang berpindah dari satu syarikat ke syarikat yang lain.
Apa yang saya harapkan ialah mudah- mudahan para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat hasil dari seminar ini dan dapat dipraktikkan dalam urusan kerja mereka. Hubungan mesra yang sedia terjalin sesama kita seharusnya dikekalkan dan mungkin dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa insyaAllah.