Berpindah Ke Bandar Dato Onn

Flashback sikit…

Ramai sangat dah orang bertanya, dah pindah rumah ke? Jiran cina sebelah rumahpun bertanya, “Rumah baru sudah siap?”

Ingat nak pindah hari Sabtu ni tapi banyak sangat aktiviti pada hari Sabtu; latihan PALAPES, panel temubual kemasukan tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH), kenduri kahwin, nak kena pi KL pada petangnya…

Mungkin petang esok (Jumaat), sekitar jam 1700, angkut barang-barang berat dengan trak askar 3 ton bersama 10 orang kadet. Kalau larat dan sempat, malam tu terus habiskan surah al-Baqarah dan tidur di sana.

Nanti bila orang tanya dah pindah rumah? Senang nak jawab, “Dah!”. Biarpun tak ke semua barang-barang dipindahkan. Semoga Allah permudahkan segalanya.

*******************************************************

Bulan Oktober 2013, rupa-rupanya aku berpindah ke Bandar Dato Onn. Sudah 6 tahun ya…

Subhanallah. Sungguh cepat masa berlalu. Sekarang dah bulan November 2019.

4 tahun lagi, aku pencen dari UTM. Itupun jika masih diizinkan Allah untuk menumpang di atas tanahnya.

Apapun aku sentiasa berdoa agar Allah menempatkan daku di sebaik-baik tempat apabila daku sudah berada di bawah tanahNya atau di dalam tanahNya…

Aamiin3 ya Rabbal’Alamin.

Kita hiduppun takkan lama. Kalau dapat usia Rasulullah (SAW), aku hanya tinggal 8 tahun saja lagi. Wahai jiwa yang tenang, berusahalah, bergiatlah dan bersungguh-sungguhlah kerana bila engkau telah pergi maka engkau tidak akan kembali lagi.