Hari Akademia (5 Oktober) yang julung-julung kalinya disambut di seluruh negara semalam. Ia agak berlainan dengan Hari Guru kerana Hari Akademia adalah bertujuan untuk meraikan para pensyarah.
Di UTM Skudai, sambutan ini dilaksanakan dengan melakukan beberapa program. Antaranya adalah program menanam pokok, sukaneka mahasiswa dan program B-B-Q di kawasan berhampiran tasik yang terletak dekat dengan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
Prof Shahrin Mohammad sebagai Pro Vice Canselor mewakili Datuk VC merasmikan program. Manakala PM Ust Dr. Aminuddin Ruskam membuka majlis program yang telah dirancangkan. Ust Aminuddin Ruskam juga merangkap Presiden kepada Persatuan kakitangan akademik (PKA) UTM.
Program nampak tidak begitu meriah kerana pada tahun ini 5 Oktober jatuh pada hari Sabtu iaitu dihujung minggu. Ia juga merupakan Hari Hol bagi Almarhum Sultan Iskandar di Johor Darul Takzim..
Kita mengharapkan program yang akan datang pada tahun hadapan akan lebih mantap dan meriah lagi.
Selamat Hari Akademia kepada semua warga UTM!!!