Antara pelajar-pelajar saya, ada yang kenal kita dan ingat kita. Ada juga yang buat-buat tak kenal kita dan buat-buat tak ingat kita…
Semalam saya ada jemputan di Kompleks Nusa Mutiara, kenduri kahwin anak Tn. Hj. Azman.
Di sebelah meja saya, saya nampak bekas student saya bersama isteri, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Dia nampak saya tetapi dia buat tak kesahpun. Ada aku kesah? Engkau tak nak tegur aku sebagai bekas guru yang pernah mengajar dan menyelia Projek Sarjana Muda engkau, tak mengapa. Aku tak hairanpun walaupun engkau sudah berjaya menggapai langit.
Tetapi ada kes yang paling klasik iaitu seorang pelajar undergraduate many years ago. Setelah graduated jumpa aku di Lotus, Desaru bersama anak-anaknya, tak tegur aku walau sepatahpun. Ada aku kesah?
Ditakdirkan Allah, dia sambung buat master. Aku mengajarnya bersama 24 orang pelajar yang lain. Dan ditakdirkan Allah jua, dia ditempatkan di bawah penyeliaanku untuk projek Sarjana. Ada aku bezakan engkau dengan 2 orang lagi pelajar lain yang juga di bawah penyeliaanku? Tidak! Tidak pernah aku bezakan! Ada aku membuat hidup kau merana? Tidak sekali-kali. Guru sentiasa menyayangi anak-anak muridnya. Alhamdulillah engkau berjaya.
Sekarang engkau menyambung membuat PhD. Aku doakan engkau berjaya…