Ini cerita semalam di bulan Oktober 2019. Dinner with my students at Taman Chempaka. Kita makan nasi kukus gulai kawah.
Alhamdulillah kelima-lima makan nasi kukus gulai kawah kambing.
Pada mulanya chief Razif tegur saya banyaknya lauk! Chief tak tahu bahawa ayam goreng yang dipotong kecil bersama timun dan sambal belacan adalah menu yang datang bersama dengan lauk yang kita minta.
Di sini dia ada tiga versi gulai kawah. Gulai kawah ayam, gulai kawah daging dan gulai kawah kambing.
Alhamdulillah hampir maghrib juga kita semalam. Dan yang penting Bob, Fadhli, Razif dan Rizal jumpa jalan balik ke Scholars Inn.
Esok kalau sempat kita pergi makan Roti dengan Kacang Pool di Larkin. Another Johor punya delicacy…