Manusia sentiasa ingin sesuatu yang baru. Manusia jarang puas dengan apa yang dia miliki. Tabiat manusia ini harus dibendung dan jika tidak mampu dibendung maka sesuaikan dia dengan barangan yang mampu dimiliki. Jangan dipilih barangan yang diluar kemampuan kita.
Kadang-kadang kita mahu memilikinya kerana diwar-warkan ia mempunyai kelebihan tertentu. Telefon OPPO dikatakan memberi gambar yang cantik dan menarik.
“Try gambar camera OPPO. Mana tahu muka tua nampak muda 10 tahun… Then boleh campaign supaya ramai beli phone OPPO pula”, itulah kata-kata hatiku.
Tapi nampak gaya, tak nampak muda…
Serupa tula jah, kata orang kampung ambo.
So, kena terima hakikat bahawa kita dah tua. Ingat dan harus terus beringat bahawa rumah dah kata pergi, kuburpun dah kata mari…
Sesiapa yang seusia dengan saya, jomlah kita sama-sama beringat sebelum terlambat. Bertaubatlah dan tingkatkan amal ibadah kita kepadaNya.
Kata tok khatib setiap hari jumaat, dunia ini hanya sementara dan akhirat jua kekal selamanya.