Kadang-kadang kita merasa seronok dengan apa yang kita ada. Begitulah perasaan saya apabila mula membeli bongkah sarang kelulut dulu.
Mula-mula beli 2 bongkah dan kemudian tambah 2 bongkah lagi. Dan sekarang keempat-empat sarang kelulut di sekitar rumah saya sudah tiada lagi kelulut. Semuanya telah lari. Tetapi alhamdulillah, sempat balik modal hasil penjualan madunya.
Sekarang saya masih memelihara kelulut tetapi di perkarangan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Dengan perkarangan yang lebih luas, suasana kampung, banyak pokok-pokok di persekitaran diharapkan kelulut-kelulut ini boleh kekal di sarangnya.
Setiap 2 minggu sekali, saya, isteri dan anak-anak akan pergi menuai madu kelulut di sekolah. Di SMIH kita ada 10 sarang madu kelulut. 5 sarang yang kita beli dan 5 sarang lagi adalah hadiah dari seorang hamba Allah.
Hasil jualan madu peliharaan PIBG SMIH ini rasanya sudah mencapai RM2,065. Kita menjual dengan harga RM35 untuk botol kecil dan RM50 untuk botol yang besar sedikit.
Kepada sesiapa yang berminat untuk minum madu kelulut asli bolehlah mendapatkannya dari saya.