Hari ini hari lahir anak abah yang bongsu, Wan Asmaa Solehah yang ke 11 tahun (24 Oktober 2008).
Abah berharap adik menjadi anak yang solehah. Taat kepada Allah dan Rasul, ikut kata ummi abah, hormat kepada kakak-kakak dan abang-abang. Rajin solat, baca dan hafal Quran, baca buku, buat kerja rumah dan sekolah dan sebagainya.
Abah perasan yang adik boleh menghafal al-Quran. Abah dulupun tak banyak menghafal seperti adik sekarang. Kalau kita buat pertandingan mesti abah kalah.
Anak yang paling kecik tak boleh goyang kaki aje tetapi mesti tolong keluarga. Itu cita-cita yang asas. Kalau boleh bantu bangsa dan negara kita lagi baik. Of course, bantu Islam sudah semestinya. Kita mesti ada niat untuk meningkatkan atau memartabatkan Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Sebab itu abah hantar adik ke Sekolah Islam Hidayah.
Abah sayang adik! Happy birthday sayang. Semua orang sayang adik…
Nanti bila ummi dan Syakir balik dari KB, kita celebrate. Abang Rasyidpun balik petang ni…
Didoakan adik senantiasa dalam limpah rahmat Allah dunia akhirat, InsyaAllah.
