Roti Canai Seenak Rasa, itulah nama gerainya.
Di sinilah Tuan Hj. Zahib Deraman dan saya selalu makan roti canai semasa dia belum pencen dahulu. Saja usik Hj. Zahib Deraman supaya dia teringat roti Lan Prata.
Tapi hari ini, kita pekena roti sardin dan nescafe. Selalunya roti bawang 2 biji, telor 3/4 masak 2 biji dan nescafe serta air panas kosong.
Beginilah nasib bila isteri tak ada. Isteri balik menziarahi bondanya yang tercinta untuk 4-5 hari di Pengkalan Chepa.
Sebenarnya banyak benda kita takes things for granted. Antaranya masa ada isteri sebelum isteri sudah tiada. Isteri masak, isteri basuh kain, isteri kemas rumah dan bermacam-macam lagi semuanya tidak nampak usaha-usaha tersebut sehinggalah apabila kita kena buat sendiri. Baru kita mula appreciate pengorbanan tersebut. Isteri pula dia tidak bangkitkan apa yang dia buat kepada kita…
Begitu juga dengan peringatan tentang 5 Perkara Sebelum Datangnya 5 Perkara; Badan sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.
Sedar-sedar dah tua kita… Sedar-sedar dah banyak penyakit kita dan yang paling trajis ialah sedar-sedar dah mati kita. Takutnya ya Allah, amal belum banyak, sedekah belum melata…
Ya Allah, Engkau berilah kesempatan untuk aku beramal sebelum Engkau memanggil aku pulang. Engkau kuatkan semangatku untuk beramal kepadaMu, ya Allah! Kabulkanlah permintaanku… Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.
