SPM Untuk Sakinah

Suasana hari pertama peperiksaan SPM tahun ini pada 16 Oktober 2019 di Sekolah Menengah Islam.

Peperiksaan SPM untuk anakku yang ketujuh.

Didoakan semoga Allah permudahkan segalanya kepada Wan Sakinah dan rakan-rakannya dan akhirnya beroleh kejayaan cemerlang InsyaAllah.

Wan Sakinah dan rakan-rakan mengambil peperiksaan Bahasa Melayu dalam SPM hari ini iaitu pada 5 November 2019.

Yang agak malang sikit adalah berkaitan laluan ke sekolah. Laluan sebelah sini (Kg. Maju Jaya) lubang digali, manakala laluan sebelah sana (Seelong) juga lubang besar kerana tanah runtuh.

Kedua-dua jalan hanya membenarkan satu hala perjalanan pada satu-satu masa.

Ia mungkin akan menyebabkan pelajar menggelabah jika tiba lewat ke sekolah.

Hari ini adalah hari kedua mereka menduduki SPM.

Kita hanya mampu menghadirkan diri untuk memberikan sokongan moral dan mendoakannya. Selebihnya ialah usaha beliau sendiri dan tawakal yang tinggi kepada Allah SWT. InsyaAllah, Allah akan membantu hambaNya.