Tempat makan baru yang berdekatan dengan kampus UTM KL. Sebelum ini, bila aku ke UTM KL, tempat makan yang biasa aku kunjungi ialah Restoren Bismillah dan warung yang terletak di sepanjang jalan untuk ke Universiti Multimedia. Sebab ia ‘walking distance’ dan tak perlu kita menaiki kenderaan.
D’Salai ini, rasanya anak beranak D’Saji. Sebelah BATC aje. Ia terletak dalam kawasan pejabat FELDA.
Macam-macam ada… Keli salai, itik salai, daging salai, kambing bakar, ayam dara goreng bumbu dan macam-macam lagi.
Aku sudah 3 kali ke sana. Kali pertama, aku ‘order’ kambing bakar bersama ‘fries’ dan harganya RM15. Not bad masakannya dan aku rasa berbaloi dengan harga. Kali kedua, aku makan nasi lemak telor (RM3) dan sup kambing bersama roti peranchis (RM8).
Kali ketiga iaitu baru sekejap tadi, aku makan kueh teow goreng bersama telor mata, udang 3 ekor dan kerang, dengan harga RM8.
Apa yang dapat aku simpulkan ialah makanannya sedap, harganya ok dan lebih dekat jaraknya dengan tempat aku menginap di BATC Lodge berbanding dengan jarak untuk aku berjalan ke Restoren Bismillah.
Boleh cuba tuan-tuan…
