Hari Keluarga FABU Kali Yang Pertama

Hari Keluarga adalah suatu hari yang ditunggu-tunggu bagi sesetengah orang yang bekerja di institusi yang besar. Tanpa Hari Keluarga mungkin seseorang tidak mengenali seseorang yang lain.

Hari Keluarga FABU telah dilaksanakan di Tiara Beach Resort pada 15 dan 16 November yang lalu. Bilangan kedatangan ialah lebih 40 keluarga yang berjumlah lebih kurang 180 orang peserta termasuk kanak-kanak.

Ia merupakan julung-julung kali diadakan selepas indimaj diantara FGHT dan FAB pada bulan Julai 2018.

Tahniah kepada Dr. Aimran, Dr. Nabilah dan AJK yang telah bertungkus lumus sejak beberapa bulan yang lalu untuk menjayakan program ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang mengendalikan serta yang menyertai Hari Keluarga ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Yg. Bhg. Dekan Prof Mohd Hamdan Ahmad serta isteri Prof Rose Alinda Alias yang sentiasa memberi sokongan kepada semua aktiviti fakulti.

Aktiviti AKRAB yang seterusnya pada tahun ini ialah membuat majlis hi-tea untuk meraikan mereka yang akan dan telah bersara dalam masa yang terdekat, meraikan birthday staf, merayakan staf yang mendapat cahaya mata dan sebagainya.

AKRAB juga diminta untuk membantu fakulti dalam menyediakan masakan untuk Malam Gala Dinner pada 28hb. Disember nanti. Pada majlis ini, kita akan menyembelih seekor lembu dan 3 ekor kambing bagi menyediakan juadah makan malam nanti.

Image may contain: one or more people, outdoor and nature