Alhamdulillah, akhirnya keluar juga. Lama betul, aku menunggu akan kelahiranmu. Sudah begitu lama aku menunggu. Disuruh betulkan, aku betulkan. Kemudian datang lagi untuk pembetulan, aku betulkan. Begitulah ulang alik manuskrip buku ini sebelum ia berjaya diterbitkan. Rasanya mungkin 3 tahun atau mungkin lebih sehingga aku sudah pasrah…
Bermula sebelum mentorku, Prof Ismail Omar berpindah ke UTHM lagi sehinggalah sekarang baru ia menjelma. Bagai menatang minyak yang penuh untuk menyambut pengeluaran buku yang pertama. Kata orang, it worth it walaupun menunggu lama.
InsyaAllah pada minggu depan kata Penerbit UTM Press bukuku akan siap dicetak.
Prof Ismail Omar sudah mengeluarkan puluhan bukunya. Aku baru nak dapat satu.
Mungkin analoginya sesetengah orang subur, ramai anaknya tetapi aku alhamdulillah dapat juga satu. Dari langsung tak dapat, alhamdulillah dapat juga…
Masa di UTM masih ada 4 tahun, mungkin boleh dibuat sekurang-kurangnya senaskah buku lagi, insyaAllah.