Dewasa ini sungguh banyak perkara-perkara yang tidak baik ditonjolkan sebagai baik dan sebaliknya pula perkara-perkara baik dimanipulasikan supaya nampak tidak baik. Dipalu, dicanang dan dipukul hari-hari supaya akhirnya masyarakat boleh menerima dan nampak seperti betul. Walhal ia tidak betul!!!
Banyak benda yang perlu diperbetulkan supaya masyarakat dapat pembelajaran dan gambaran yang sebenar. Antaranya, seperti ‘cash is king’, ‘malu apa bossku?’, ‘tidak halal bagi orang Islam mengundi orang bukan Islam’ dan lain-lain lagi.
Sepatutnya seluruh manusia sejagat mengetahui bahawa ‘manners is king’, ‘honesty is king’, ‘being truthful is king’, ‘telling lies is shameful’, ‘taking public money is bad’, ‘mengundi orang bukan Islam dibenarkan’ apatah lagi orang Islam. Liwat meliwat sepatutnya tidak diperbesar-besarkan. Takut ada yang ingin mencuba…
Semua negatif ‘tagline’ perlu diperbetulkan supaya anak-anak tahu yang mana betul, baik dan boleh ditiru.
Yang tak betul dan mengelirukan masyarakat harus ada yang melaksanakan pembetulan. Kalau tidak masyarakat keliru dan ingin mencontohi yang salah.
Tetapi tidak semua orang ingin mengatakan kebenaran. Ada yang takut dipulangkan ‘paku buah keras’ oleh mana-mana pihak. Jadi, biarkan aku diam diri aje.
Ya Allah, Engkau perbetulkan minda dan akhlak masyarakat ku… Aamiin3 ya Rabbal’Alamiin!