Membawa sahabatku, Prof Sham membuat dressing di PKU, UTM. Dressing pada kakinya yang dipotong.
Teringat arwah bonda yang ingin dipotong jari kakinya tetapi setelah 2 kali berpuasa dan tidak jadi untuk potong, arwah ibu memohon untuk pulang ke rumah. 2 hari setelah pulang ke rumah, bonda pulang ke rahmatullah. Itu berlaku pada tahun 1995.
Sambil tunggu Prof Sham, jumpa pula Prof Termizi…
Prof Sham menceritakan saat dimana kakinya dipotong.
Beliau tidak boleh dibius sehingga tidak sedar kerana jantungnya lemah, dikhuatiri tidak bangun nanti. Jadi semasa kakinya hendak dipotong, ubat bius yang diberikan hanya sederhana dan beliau sedar apa yang berlaku.
Malangnya, ubat mungkin tidak memadai dan dia merasa begitu sakit sekali. Boleh didengari pula gergaji yang memotong bahagian kakinya.
Apa tindakan sahabat ketika sakitnya begitu mencengkam hati sanubari? Segala ayat2 suci dibaca…
Disamping itu, beliau cuba ‘relate’kan bagaimana sahabat Rasulullah (SAW) ditikam sebanyak 70 tikaman sebelum gugur syahid. Apalah sangat, kaki yang dipotong ini…
Begitulah beliau cuba menenangkan hatinya. Kalau kita, apakah mampu untuk bertahan? Atau mungkin tangan sudah mencapai sesuatu untuk memukul orang yang memotong kaki kerana teramat sakit?
Subhanallah! Memang Allah benar-benar menguji mereka yang tahan diuji.
Ya Allah, Engkau kuatkan semangat sahabatku, fizikalnya, emosinya dan fikirannya. Tidak semua orang mampu menempuh dugaan yang dilaluinya itu. Engkau permudahkan urusan agama kepadanya. Engkau tetapkan imannya, sejahterakan keluarganya. Engkau ringankan badannya untuk beramal kepadaMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi semangat untuk beramal.
Aamin3 Ya Rabbal ‘Alamin…


