Isteri Dikembalikan… Alhamdulillah!

Pagi tadi saya pergi ambil isteri di Stesen Bas Larkin setelah dia pulang ke rumah ibunya di Pengkalan Chepa, 4-5 hari yang lalu.

Subhanallah, terasa bagaikan Allah memulangkan kembali isteri setelah ketiadaannya buat sementara.

Isteri kita ini, kita take things for granted apabila dia selalu disamping kita.

Makan minum terjaga… apatah lagi ubat, selalu diremindkan oleh dia. Kalau isteri lupa mengingatkan kita untuk makan ubat maka terlepaslah masa untuk makan ubat. Suasana dalam rumah, tak payah cakaplah kalau tanpanya…

Mungkin kepada mereka yang mempunyai maid, ia tidaklah menjadi suatu masalah besar. Tetapi bagi mereka yang tak mampu untuk menanggung maid, ia cukup bererti. Bukan kita bermaksud menjadikan isteri seperti maid tetapi itulah hakikatnya kerja-kerja yang dibuat oleh isteri kita. Pengorbanan yang tidak bertepi kepada si suami dan anak-anak. Allahu Akbar!

Mungkin juga di kala zaman nabi, ramai hamba sahaya yang berkhidmat untuk tuan-tuan punya hamba memberi keselesaan kepada kehidupan mereka berbanding dengan kita.

So, what’s the point? Poinnya ialah supaya kita orang lelaki atau si suami mempunyai rasa simpati kepada kerja-kerja si isteri. Kata-kata penghargaan sekurang-kurangnya terkeluar dari mulut si suami, kalau tidakpun dihargai dengan barangan kemas atau sekali sekala membawa isteri melancong atau sebagainya.

Kita, si suami pula amat payah untuk mengucapkan terima kasih atau memberi kata-kata apresiasi. Begitu berat mulut… Tetapi untuk komplain tentang masakan masin ke, tak sedap ke begitu mudah. Laju aje keluar kata-kata dan kita tidak sedar kata-kata itu telah menghiris hati isteri kita.

Kadang-kadang isteri sanggup tidak makan tetapi dihidangkan untuk si suami dan anak-anak apabila makanan itu sedikit. Tambahan pula kalaulah itu makanan favorite suaminya… Kita pula tak tanya dah, ada tak lagi untuk dimakannya? Terus belasah aje apa yang ada hingga licin…

Jadi, nasihat saya kepada kawan-kawan dan juga diri sendiri, hargailah pengorbanan isteri kita. Nafkah seribu dua yang diberikan itu adalah tidak memadai dengan nilai sebenar pengorbanan seorang isteri.