Haji Kali Kedua

Dapat call dari TH pagi ni (04/02/2020)…suruh pergi ambil surat offer untuk menunaikan fardhu haji tahun ini. Alhamdulillah.

Labbaikallah hum malabbaik, labbaikala syarikala kala baik. Innal hamda wannik mata lakawal mulk laa syari kalak.

Saya membuat pendaftaran bulan Jun 2008 setelah balik dari haji tahun 2002. Masa pergi dulu, umur masih muda. Baru 39 tahun. Amat bertenaga sekali. Bila bas stuck dari Arfah ke Mina, sanggup saya mengajak mereka di dalam bas untuk berjalan bersama saya. Setelah kita sampai di Mina, berehat-rehat…baru bas sampai.

Saya hanya membuat pendaftaran untuk isteri beberapa tahun lalu. Pada awalnya, saya berfikir cukuplah isteri pergi satu kali sahaja. Itupun yang wajibnya. Tetapi saya akan buat rayuan supaya isteri dapat ikut serta.

Last time, dah pergi bersama isteri. Tapi tua-tua ni, lagi terasa untuk pergi bersama. Saling bantu membantu.

Kalau meninggal di Mekah atau Madinah ok juga. Tapi kalau dipanjangkan usia alhamdulillah juga. Mudah-mudahan dapat beramal lagi sebelum dipanggil Allah SWT. Terasa amalan tersangat kurang! Nak solat banyak-banyakpun sakit lutut. Kadang-kadang, kita membawa tongkat untuk membantu menaiki tangga.

Pejabat di aras 3. Maka terpaksalah menapak naik turun tangga beberapa kali sehari. Hendak minta tukar bilik bawah nanti tiada exercise pula. Naik turun office itulah exercisenya.

Saya menyeru kepada mereka yang masih muda untuk pergi menunaikan fardu Haji di kala usia muda. Kalau dah tua, banyak pergerakan dah tak larat. Haji adalah ibadah bercorak fizikal; tawafnya, sa’ienya dan sebagainya.

Daftar Haji Sekarang!