Tidak semua perkara berlaku seperti apa yang kita rancangkan. Kita rancang begini tetapi it turns out to be something different from apa yang kita rancang. Jika ia keluar seperti apa yang dirancang maka banyakkan bersyukur, ucapkan Alhamdulillah!
Dan jangan pula kita langsung tidak merancang kerana kita merasakan hasilnya kurang kemenjadian. Perancangan wajib dilakukan dalam apa jua bidang.
Kita selalu dengar, if you fail to plan then you plan to fail. A plan is a predetermined course of action.
Kalaulah semua berada di tangan kita maka tak adalah suami isteri yang berkeinginankan anak menunggu sehingga bertahun-tahun. Kalaulah jodoh di tangan kita maka tidak adalah mereka yang ingin hidup berkeluarga tertunggu-tunggu bakal calon gerangan yang akan tiba.
Semuanya adalah qadarullah yang wajib kita imani setelah usaha dan doa dipanjatkan sebanyak-banyaknya kepadaNya.
Semua yang berlaku dalam pengetahuan Sang Pencipta. Ujian dan dugaan diberikan kepada kita untuk menguji siapakah yang lebih baik amalannya dan siapakah yang lebih teguh imannya?
Benar, kita mudah mengucapkan sesuatu jika ia tidak terkena kepada diri kita. Kita boleh menulis kata-kata manis pujangga untuk meredakan hati kita yang duka durja. Tetapi di sinilah letaknya iman kita. Kita beriman kepada qada’ dan qadar Allah yang telah menentukan segalanya.
Kita perlu berikhtiar dan memohon kepada Allah dengan sepenuh hati supaya perancangan kita dapat direalisasikannya.
Tiada jalan lain yang ada tetapi kita perlu tawajjuh dengan permintaan kita supaya akhirnya diperkenankan jua.