Perjumpaan Penasihat Akademik (PA) dengan pelajar-pelajarnya perlu dibuat secara berkala. Itulah arahan terbaru.
Dah lama juga saya tidak membuat perjumpaan dengan pelajar-pelajar dibawah saya sebagai PA.
Ingat masa zaman muda-muda dulu, masa rajin, di awal semester saya mesti panggil semua pelajar dibawah PA saya yang Cumulative Grade Point Average (CGPA) nya kurang dari 3.0. Then, saya akan lecture mereka supaya tidak lagi dapat kurang dari 3.0. Bebelan saya yang biasa ialah “Takkan awak tak dapat baca dan ingat. Kursus kita ini bukan tough sangat, bukan ada calculationpun. Kalau tak dapat score above 3 point, memang teruklah you.”
‘Last’ sekali, ‘it was the case’ yang mana pelajar saya telah ditipu dengan kad pengenalan palsu oleh pegawai jabatan pendaftaran Sabah. Then lepas itu, saya dah tak ambil tahu bagaimana ‘performance’ pelajar saya. Apa aku kesah?
Ada la, sekali sekala setiap semester saya ajak mereka makan nasi di rumah. Isteri masak best-best seperti sup tulang dan sebagainya.
Tiba-tiba dapat arahan semalam yang students dan PA kena buat perjumpaan berkala…
Itulah dunia berubah dan kita pula dah tak larat nak buat macam dulu.
Dulu masa jadi Pengetua di Kolej Siswa Desa Skudai (KSDS), di Kolej 12 (KDSI) dan di Kolej 16 & 17 (KDOJ), kita buat program Khidmat Masyarakat setiap tahun tapi semua apa yang kita buat dulu tak ada nilai dan tak dikira. Sekarang semua dikira dan ada markah…
Hopefully, pengiraan markah oleh Allah sentiasa ada dan tidak berubah.