Peluang Untuk Menyumbang…

Mari..mari..mari. Peluang untuk beramal… Peluang ini boleh digunakan untuk kita, untuk ibubapa, keluarga kita, baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. InsyaAllah pahalanya sampai kepada sesiapa yang kita niatkan.

Pahala sedekah jariah adalah salah satu dari 3 perkara yang tidak akan putus walaupun kita sudah meninggalkan alam yang fana ini.

Pahala 2 (dua) perkara lagi ialah anak yang soleh atau solehah yang mendoakan kedua ibubapanya dan yang terakhir ialah ilmu yang bermanfaat yang disampaikan akan tetap mengalir pahalanya kepada si pengajar yang pertama tadi.

Bila saya menyebut perkara yang ketiga ini, saya teringat kepada arwah nenek saya yang mengajar al-Quran dulu. Riuh rendah bunyi rumah nenek saya dengan suara bualan dan suara anak-anak mengaji, baik lelaki mahupun perempuan.  Di sebelah sini barisan anak-anak lelaki manakala di penjuru bilik sana pula ialah anak-anak perempuan. Bila nenek saya marah dari dapur kerana masing-masing tidak melancarkan bacaan mereka tetapi asyik berbual kosong. Maka masing-masing, A’uzubillahi minas Syaitani rrajim, Bismillahi rrahma nirrahim….

Saya pasti banyak pahala diraih arwah nenek saya. Apabila yang mengaji dengan nenek sudah mula mengajar anak-anak mereka pula. Seterusnya anak-anak mereka terus mengajar anak-anak mereka pula… Dan seterus, seterusnya.

Sekarang saya ingin mengajak kawan-kawan yang berkemampuan untuk memberi sedikit dari harta kita untuk membangunkan sebuah pusat tahfiz di selatan tanahair. Sumbanglah setakat yang mampu. Masing-masing ada sedikit harta maka infaqlah setakat yang mampu dan setakat yang ikhlas.

Marilah kita merebut peluang yang ada ini bagi meningkatkan syiar Islam ke seluruh pelusuk dunia sebelum kita sudah tidak mampu lagi untuk menginfaqkan harta.

Boleh di’share‘kan kepada rakan-rakan kita supaya kita juga mempunyai saham ke arah melahirkan para hafiz dan hafizah, insyaAllah.

No photo description available.