‘Tiles’ Bilik Utamaku Pecah…

Ujian datang dan pergi… Demi menguji diri siapakah yang lebih baik amalannya?

Tengahari tadi iaitu pada 20 Mac 2020, saya terdengar bunyi prap, prap, prap,… Saya berlari keluar dari bilik tidur ke beranda (verandah). Ingatkan bumbung hendak runtuh!

Rupa-rupanya ’tiles’ terbongkah naik ke atas di bilik tidur saya. Mungkin keluasan kawasan yang terkena ialah separuh dari keluasan bilik.

Aku menelefon Tommy untuk datang membaiki. Tetapi dia tak berani datang kerana keadaan sekarang yang menghalang dari kita membuat pembaikan. Musim Covid-19lah, katakan…

Katanya, kawannya kelmarin digari kerana membuat pembaikan di rumah orang.

So, saya kena tunggulah 11 hari lagi.

Berjalan dalam bilik harus berhati-hati. Takut serpihan tiles masuk ke dalam kaki.

Itulah, siapa yang jangka ia berlaku hari ini. Kenapa tak tunggu minggu depan?

Dalam kita mendapat musibah, kalau kita renung kembali ada juga kebaikannya.

Saya jarang mendapat makan nasi bersama anak-anak. Tengahari tadi, isteri memasak nasi maqlubah. Kami sepuluh orang mengadapnya kecuali Kak Long yang berada di Hospital Rompin. Alhamdulillah seronok sekali…

Biasalah didalam kesusahan ada kesukaannya dan didalam keseronokan ada kepayahannya. Langit tidak selalu cerah…

Bila keadaan seperti ini berlaku, aku selalu terfikir bahawa hasil masuk pendapatan kita bukannya secara totalnya milik kita. Tetapi ia tersemat milik orang lain yang perlu aku belanjakan jua. Ia cuma singgah sekejap di sakuku.