You Are Grounded!

Dulu-dulu, kita selalu tengok cerita Mat Salleh dalam TV, kalau anak dia buat salah maka hukuman yang dijatuhkan ialah “You are grounded!”. You can not go out and you have to stay home for a week.

Kata kita masa dulu-dulu, apalah sangat hukuman ini? Bukan sakitpun? Tetapi sekarang baru kita rasa bagaimana sunyi dan ‘boring’nya tinggal di rumah tanpa keluar.

Sekatan pergerakan ni suatu perkara yang meletihkan bila ia terlalu lama but dalam keadaan sekarang you have to follow it for the sake of the ummah.

Dan kita mendapat pahala kerana kepatuhan kita itu untuk menyelamatkan manusia. Sebaliknya pula, kemungkinan kita mendapat dosa angkara ketidakpatuhan kita tadi telah mengakibatkan seseorang menjangkiti atau merebaknya penyakit covic-19 melalui kita.

Alangkah sedihnya masyarakat kita… Puas kerajaan beritahu, duduk di rumah, duduk di rumah, duduk di rumah, kemudian, stay home, stay home and stay home lagi, tetapi we couldn’t care less.

Orang lain yang kena penyakit. Aku tak kena insyaAllah!

Kepentingan diri is well above, higher and beyond dari kepentingan untuk menjaga masyarakat supaya lebih sendik dan harmoni.

Apa aku kesah?

Itulah perangai kita sejak dulu, kini dan selamanya!!!

For Allah sake, boleh tak kita sama-sama duduk di rumah sehingga 14 April ini? Let’s do it!